PRU15: SPR mula bermesyuarat

Tan Sri Abdul Ghani Salleh mempengerusikan mesyuarat bagi menentukan tarikh-tarikh penting Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Tan Sri Abdul Ghani Salleh mempengerusikan mesyuarat bagi menentukan tarikh-tarikh penting Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
A
A
A

PUTRAJAYA - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Ghani Salleh mula mempengerusikan mesyuarat bagi menentukan tarikh-tarikh penting Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Sidang akhbar pengumuman tarikh itu akan dibuat sejurus selepas mesyuarat tamat, jam 12 tengah hari.

Pada 10 Oktober lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Parlimen ke-14 dibubarkan untuk memberi laluan kepada PRU15.

Mesyuarat khas itu diadakan susulan pembubaran Parlimen ke-14 yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 10 Oktober lepas bagi memberi laluan kepada PRU15 selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

SPR juga dijangka mengumumkan tarikh-tarikh penting bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N66 Bugaya, yang dijangka diadakan serentak dengan PRU15.

Artikel Berkaitan: