Polis buru suspek curi barang dalam kereta

Tular kejadian curi dalam kenderaan yang dilaporkan berlaku di Taman Malawati Jaya, Kuala Selangor.
Tular kejadian curi dalam kenderaan yang dilaporkan berlaku di Taman Malawati Jaya, Kuala Selangor.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Polis sedang giat mengesan individu terlibat dalam kes kecurian dalam sebuah kereta di Taman Malawati Jaya di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, kejadian disedari mangsa yang meletakkan keretanya di luar rumah dalam keadaan tidak berkunci kira-kira jam 6.10 petang.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati kenderaan mangsa dalam keadaan berselerak dan barang berharga miliknya telah hilang.

"Barangan penting yang dilaporkan hilang antaranya beg dompet dan wang tunai," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Ramli berkata, polis masih mengumpul maklumat berhubung kawasan itu menjadi sasaran individu tidak bertanggungjawab menjalankan kegiatan sama.

"Kawasan kejadian merupakan perumahan teres dua tingkat dan terdapat beberapa kenderaan jiran diletakkan di hadapan pagar rumah masing-masing.

"Siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan," ujarnya.

Sebelum ini tular video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mengenai kejadian itu yang dilaporkan berlaku di perumahan terbabit.

Artikel Berkaitan: