MAIS peruntuk RM2.01 juta bantu tangani isu kesihatan mental

Abdul Aziz merasmikan penutupan Simposium Kesihatan Mental Dalam Perspektif Islam di Cyberjaya pada Selasa.
Abdul Aziz merasmikan penutupan Simposium Kesihatan Mental Dalam Perspektif Islam di Cyberjaya pada Selasa.
A
A
A

CYBERJAYA - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperuntukkan sebanyak RM2.01 juta bagi membantu pesakit mental menerusi operasi Rumah Pemulihan Riqab yang berdaftar dengan MAIS.

Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, peruntukan yang diberikan itu adalah bagi membantu mereka kembali pulih sedia kala dan menjalani kehidupan normal.

Menurutnya, seramai 134 orang telah dibantu MAIS dengan kerjasama Mental Health Foundation yang memberikan latihan dan kursus di beberapa Rumah Pemulihan Riqab.

“Khidmat kaunseling yang betul dan selaras dengan kehendak syarak juga memainkan peranan yang penting dalam membantu isu kesihatan mental tanpa berlaku kejadian yang tidak diingini,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau pada Selasa telah merasmikan penutupan Simposium Kesihatan Mental Dalam Perspektif Islam dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Kesihatan Malaysia di sini.

Seramai 200 peserta hadir terdiri wakil dari Rumah Pemulihan Riqab, Mental Health Foundation, Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (PIBK) dan Jakim.

Program bertujuan memberi pendedahan kepada peserta dan masyarakat berhubung isu kesihatan mental.

Artikel Berkaitan: