Sultan Perak terima serahan zakat perniagaan RM2.6 juta

Sultan Nazrin berkenan menerima serahan zakat perniagaan daripada Mubarak Ali mewakili Lumut Maritime Terminal Sdn Bhd berjumlah lebih RM1.3 juta.
Sultan Nazrin berkenan menerima serahan zakat perniagaan daripada Mubarak Ali mewakili Lumut Maritime Terminal Sdn Bhd berjumlah lebih RM1.3 juta.
A
A
A

IPOH - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima serahan bayaran zakat perniagaan berjumlah lebih RM2.6 juta daripada lima syarikat korporat kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) di Istana Kinta di sini pada Selasa.

Penyerahan itu didahului Lumut Maritime Terminal Sdn Bhd yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mubarak Ali Gulam Rasul dengan jumlah bayaran RM1,338,838.41.

Serahan diikuti Ipoh Specialist Hospital Sdn Bhd diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Yusmah Salleh dengan jumlah zakat perniagaan RM488,568.78.

Sementara itu, Perak Integrated Network Services Sdn Bhd diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Iwan Che Wan Che Ismail menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM325,000.

Turut menunaikan zakat perniagaan, YP Nominess Holdings Sdn Bhd berjumlah RM321,738.25 diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Rozita Ramli.

Penyerahan kemudiannya diikuti Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad diwakili oleh Pengerusi Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad, Mohd Hasrizad Zaman dengan jumlah zakat RM146,054.69.

Hadir sama dalam majlis tersebut, Orang Kaya Kaya Seri Adika Raja Shahbandar Muda, Datuk Seri Mohamad Othman Zainal Azim; Orang Besar Jajahan Kinta, Toh Muda Orang Kaya Kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa DiRaja, Datuk Ab Wahab Azizul Hassan dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Shahrul Azam Shaari.

Artikel Berkaitan: