Taufan Nesat: Nelayan Kelantan elak turun ke laut

Kebanyakan nelayan persisir pantai dan laut dalam di negeri ini memilih 'jalan selamat' dengan tidak turun ke laut susulan amaran Taufan Nesat yang kini berada kira-kira 1,328 kilometer (km) ke barat laut Kudat, Sabah pada Selasa.
Kebanyakan nelayan persisir pantai dan laut dalam di negeri ini memilih 'jalan selamat' dengan tidak turun ke laut susulan amaran Taufan Nesat yang kini berada kira-kira 1,328 kilometer (km) ke barat laut Kudat, Sabah pada Selasa.
A
A
A

KOTA BHARU - Kebanyakan nelayan persisir pantai dan laut dalam di negeri ini memilih 'jalan selamat' dengan tidak turun ke laut selepas Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran mengenai Taufan Nesat yang kini berada kira-kira 1,328 kilometer (km) ke barat laut Kudat, Sabah pada Selasa.

Tinjauan Sinar Harian di Kampung Pulau Gajah di sini mendapati kebanyakan nelayan di kawasan itu mulai 'berehat' sebaik sahaja melihat perubahan cuaca yang tidak menentu ketika ini.

Seorang nelayan, Azahar Mat, 45, berkata, dia lebih selesa mengambil langkah awal dengan tidak turun ke laut sebaik sahaja perubahan cuaca yang tidak menentu berlaku mutakhir ini.

"Usahkan Taufan Nesat, angin kuat sudah membuatkan kami 'gerun' untuk turun ke laut. Kami di sini sudah dua minggu tidak ke laut kerana keadaan cuaca yang teruk (ribut berserta hujan).

"Sekarang ini nelayan perlu berdepan dengan taro barat laut (angin utara barat laut) sebelum Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka berlaku November nanti," katanya pada Selasa.

Ujar Azahar, keadaan tersebut menyukarkan mereka yang kebanyakannya merupakan nelayan pesisir pantai dan laut dalam.

Bagi Nik Ruzulaili Nik Yusuf, 42, dia memilih untuk membaiki bot sementara menunggu keadaan cuaca kembali baik.

Katanya, cuaca buruk bukan sahaja merisikokan nyawa mereka tapi boleh merosakkan peralatan menangkap ikan.

Artikel Berkaitan:

"Kami sentiasa peka dengan berita semasa terutama melibatkan cuaca, sebagai nelayan ini merupakan perkara penting sebelum turun ke laut.

"Sepanjang 27 tahun bekerja sebagai nelayan, kalau keadaan angin berkelajuan 20 knot kami sudah tidak berani ke laut," jelasnya.

Sementara itu, Nik Mohd Roslan Fahmi Nik Yusof, 36, berkata, sudah dua minggu dia dan rakan-rakannya tidak ke laut, ditambah pula apabila mendapat tahu tentang Taufan Nesat.

Tambahnya, keselamatan lebih utama walaupun kantung kewangan semakin 'kempis'.

"Laut adalah punca utama rezeki kami. Jika tidak turun (laut), maka terpaksalah kami mengikat perut dan berjimat cermat dengan menggunakan tabungan yang ada.

"Kesian anak-anak dan isteri, bagaimanapun kami akur kerana ini sudah lumrah hidup sebagai nelayan," katanya yang sudah 18 tahun menjadi nelayan.

Sinar Harian online pada Selasa melaporkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan nasihat mengenai Taufan Nesat yang kini berada kira-kira 1,328 kilometer (km) ke barat laut Kudat, Sabah.

MetMalaysia memaklumkan, taufan itu berada di kedudukan 380km ke timur Hainan, China.

Caption

Kebanyakan nelayan persisir pantai dan laut dalam di negeri ini memilih 'jalan selamat' dengan tidak turun ke laut selepas Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan 'amaran' mengenai Taufan Nesat yang kini berada kira-kira 1,328 kilometer (km) ke barat laut Kudat, Sabah pada Selasa.