[VIDEO] 'Pilih Melayu penjenayah atau Melayu bebas kes jenayah'

Dr Mahathir dan tangkap layar Facebook Dr Mahathir pada Selasa.
Dr Mahathir dan tangkap layar Facebook Dr Mahathir pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpandangan orang Melayu hanya ingin diperintah oleh kerajaan yang didominasi bangsanya sendiri.

Justeru beliau yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) berkata, mereka boleh memilih sama ada 'Melayu penjenayah' atau Melayu yang bebas daripada kes jenayah dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

"GTA akan berusaha memulihkan imej negara sebagai Harimau Asia dan tidak menyalahgunakan kuasa sekiranya membentuk kerajaan selepas PRU15.

"Keluhuran undang-undang akan dihormati. Kuasa tidak akan disalah guna, rasuah akan diperangi, kos sara hidup akan diturun. Negara akan dipulih sehingga kembali menjadi Harimau Asia," katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Selasa.

Dalam pada itu Dr Mahathir berkata, gabungan itu diwakili empat parti politik berteraskan Melayu iaitu Pejuang, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Parti Persatuan Muslim Kebangsaan India (Iman) dan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) serta orang Melayu yang tidak aktif dalam politik.

Justeru katanya, masalah orang Melayu terutama kemiskinan dan kehilangan tanah akan menjadi tumpuan utama dalam agenda Pejuang pada PRU15 nanti.

Sebelum ini, Dr Mahathir dilaporkan berkata, GTA yang ditubuh pada Ogos lalu telah menyatakan pendirian untuk meletakkan 120 calon di seluruh negara pada PRU15 dengan lebih 30 peratus adalah calon muda.

Artikel Berkaitan: