Lima taman eko rimba di Selangor ditutup mulai 1 November

Notis pemberitahuan penutupan taman eko rimba di Selangor bermula 1 November 2022 hingga 31 Januari 2023.
Notis pemberitahuan penutupan taman eko rimba di Selangor bermula 1 November 2022 hingga 31 Januari 2023.
A
A
A

SHAH ALAM - Lima taman eko rimba di Selangor akan ditutup kepada orang awam bermula 1 November 2022 hingga 31 Januari 2023.

Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan, kawasan terlibat ialah Taman Eko Rimba Sungai Tua, Sungai Tekala, Sungai Sendat, Gunung Nuang dan Komanwel.

"Penutupan ini adalah sebagai langkah berjaga-jaga kejadian kepala air berikutan musim tengkujuh yang boleh mendatangkan risiko kemalangan kepada pengunjung," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, semua laluan pendakian dan aktiviti rekreasi di dalam Hutan Simpanan Kekal Negeri Selangor turut ditutup bagi tempoh sama.

Notis pemberitahuan penutupan laluan pendakian dan aktiviti rekreasi di dalam Hutan Simpanan Kekal Negeri Selangor yang ditutup bermula 1 November 2022 hingga 31 Januari 2023.
Notis pemberitahuan penutupan laluan pendakian dan aktiviti rekreasi di dalam Hutan Simpanan Kekal Negeri Selangor yang ditutup bermula 1 November 2022 hingga 31 Januari 2023.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebelum ini meramalkan negara bakal mengalami hujan lebat berterusan mulai pertengahan November yang membawa risiko banjir besar pada hujung bulan berkenaan.

Artikel Berkaitan: