X

Kindly register in order to view this article
!

Penuntut MJIIT-UTM bantah yuran melampau

Mahasiswa yang berkumpul di pintu utama UTM Kuala Lumpur menuntut UTM mengembalikan yuran MJIIT kepada kadar asal pada bantahan diadakan, hari ini.
A
A

KUALA LUMPUR - Sekurang-kurangnya 100 mahasiswa Fakulti Institut Teknologi Antarabangsa Malaysia-Jepun (MJIIT) di bawah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di sini mengadakan piket membantah kenaikan yuran sebanyak 529 peratus sejak 2017.

Pengerusi Suara MJIIT, Tan Cheng Siong, 22 berkata, fakulti yang ditubuhkan sejak 2011 menaikkan yuran khas pengajian itu daripada RM945 kepada RM5,000 tidak termasuk bayaran penginapan dan lain-lain.

Menurutnya, pentadbiran universiti gagal memberikan alasan kukuh berkenaan kenaikan tersebut dan enggan bersemuka dengan pelajar memaksa mereka mengadakan piket menuntut yuran asal dikembalikan.

"Kami dah pernah guna cara diplomasi di peringkat universiti dan Kementerian Pendidikan (KPM) melalui memorandum kepada Menterinya, Dr Maszlee Malik dan timbalannya tapi pihak terlibat berdolak-dalik dan surat kami tiada maklum balas.

"Banyak isu timbul daripada yuran khas ini dan kami tak tahu dengan siapa yang perlu rujuk apabila pihak universiti dan KPM enggan berjumpa kami.

Cheng Siong menunjukkan memorandum yang telah diserahkan kepada Pro Naib Canselor untuk diserahkan kepada Naib Canselor UTM.
Cheng Siong menunjukkan memorandum yang telah diserahkan kepada Pro Naib Canselor untuk diserahkan kepada Naib Canselor UTM.

"Kami menuntut yuran khas MJIIT dihapuskan, memulangkan yuran yang dibayar sejak 2017 dan mahukan ketelusan daripada pengurusan kewangan UTM," katanya yang mengetuai bantahan itu bermula kira-kira jam 10.10 pagi.

Satu memorandum kepada pihak UTM diserahkan dan diterima oleh Pro Naib Canselor UTM Kuala Lumpur, Prof Dr Shamsul Sahibuddin.

Turut hadir aktivis mahasiswa dari badan bukan kerajaan, Gabungan Kebebasan Akademik yang turut memberikan sokongan penganjuran piket itu.

Cheng Siong berkata, pengajian MIIJT-UTM adalah usahasama antara kerajaan Malaysia dan Jepun yang tujuan asalnya ditubuhkan untuk pembinaan universiti sebelum diubah kepada sebuah fakulti sahaja.

"Mahasiswa MJIIT-UTM yang mengikuti Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Sistem Elektronik, Kejuruteraan Mekanikal Kejituan dan Kejuruteraan Proses Kimia hanya mengetahui kadar khas yuran itu setelah menerima surat tawaran. Ada antaranya terpaksa menarik diri kerana tidak berkemampuan.

Cheng Siong
Cheng Siong

"Kami berpandangan sebagai sebuah pengajian awam tidak sepatutnya kami ditindas dengan pembayaran yuran yang tinggi seperti di swasta sehingga kami menghadapi tekanan kewangan termasuk ada antara ibu-bapa terpaksa membuat pinjaman untuk menampung kos pengajian kami dan dalam kalangan kami terpaksa mencari kerja sambilan, " katanya.

Sementara itu, wakil UTM Kuala Lumpur memaklumkan menerima memorandum bantahan pelajar dan akan menyerahkannya ke Naib Canselor UTM induk di Johor Bharu.

Katanya, UTM akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu kemudian.

#UTM #kualalumpur Hampir 100 mahasiswa Fakulti Institut Teknologi Antarabangsa Malaysia-Jepun (MJIIT), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di sini mengadakan piket membantah kenaikan yuran sebanyak 529 peratus sejak 2017. [ARTIKEL PENUH:https://www.sinarharian.com.my/article/22638/EDISI/Selangor-KL/Penuntut-MJIIT-UTM-bantah-yuran-melampau] Laporan: MOJO Sinar Harian Selangor KL NORAFIZA JAAFAR

Posted by Sinar Harian Edisi Selangor & KL on Tuesday, April 9, 2019


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!