Selangor tangguh bajet beri peluang pegawai fokus PRU15

Amirudin (tengah) bersama peserta pada Majlis Perasmian Penutupan Latihan dan Kursus Serve Rescue Majlis Sukan Negeri Selangor di Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam di Seksyen 15 di sini.
Amirudin (tengah) bersama peserta pada Majlis Perasmian Penutupan Latihan dan Kursus Serve Rescue Majlis Sukan Negeri Selangor di Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam di Seksyen 15 di sini.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor menangguhkan pembentangan Bajet Selangor 2023 yang dijadualkan pada 28 Oktober kepada 25 November kerana tidak mahu mengganggu proses Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari bagaimanapun berkata, ia bukan untuk tujuan berkempen tetapi bagi memberi peluang kepada pegawai kerajaan untuk bertugas lebih fokus pada PRU15.

"Kita akan mohon perkenan untuk menangguhkan ke 25 November sebab tidak mahu mengganggu proses (PRU15) dan ini bukan masalah kempen tetapi saya tengok pegawai-pegawai kita banyak terlibat.

"Sebagai pegawai pengurus pilihan raya, sebagai timbalan pengurus pilihan raya dan penolong pegawai daerah akan terlibat di pusat-pusat mengundi.

"Saya pasti ia akan menggangu fungsi mereka ketika belanjawan nanti, jadi kemungkinan kita akan tangguh (belanjawan) lepas mengundi," katanya ketika ditemui pemberita pada Isnin.

Beliau ditemui pada Majlis Perasmian Penutupan Latihan dan Kursus Serve Rescue Majlis Sukan Negeri Selangor di Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam di Seksyen 15 di sini.

Hadir sama, Exco Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan, Mohd Khairuddin Othman dan Pengarah JBPM Negeri Selangor, Norazam Khamis.

Amirudin berkata, urusan tersebut akan dimaklum semula oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Ng Suee Lim Speaker secara bertulis pada masa yang akan ditetapkan.

Artikel Berkaitan:

"Sebelum ini memang dibuat dan asasnya saya rasa tiada halangan sebab ini untuk kebaikan semua, bukan untuk ahli politik berkempen sahaja tetapi juga bagi peluang kepada pegawai pegawai kita bertugas dengan lebih fokus," katanya.