[VIDEO] DUN bubar: BN Perak perhalusi calon

Saarani bercakap kepada pemberita dalam sidang akhbar di Pejabat Daerah dan Tanah Batang Padang dekat sini pada Isnin.
Saarani bercakap kepada pemberita dalam sidang akhbar di Pejabat Daerah dan Tanah Batang Padang dekat sini pada Isnin.
A
A
A

TAPAH - Selaras dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, BN negeri akan memperhalusi calon bagi semua 59 kerusi yang dipertandingkan.

Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, perkara itu sebagai sebahagian persiapan akhir bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

"DUN telah dibubarkan, sekarang ini proses untuk kita perhalusi bakal-bakal calon.

"Insya-ALLAH kita dah buat persiapan rapi dan sampai kepada tahap maksimum sepertimana selalu disebutkan bahawa kita sentiasa bersiap sedia," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di Pejabat Daerah dan Tanah Batang Padang dekat sini pada Isnin.

DUN Perak dibubarkan berkuat kuasa pada Isnin selepas mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah selaras dengan Perkara 32(2) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.

Pembubaran itu membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan serentak dengan PRU15 susulan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen, 10 Oktober lepas.

Perak sebelum ini menjadi satu-satunya negeri ditadbir oleh BN yang belum mendapat perkenan sultannya bagi pembubaran DUN.

Mengulas perkara itu, Menteri Besar Perak itu berkata, hak membuat keputusan pembubaran adalah hak baginda sepertimana termaktub di bawah Undang-undang Tubuh Negeri.

Artikel Berkaitan:

"Jadi baginda boleh mengambil masa membuat pertimbangan sewajarnya dan membuat keputusan, maka hari ini (Isnin) kita umumkan," katanya.