The Reds belum mengalah

Salah (depan) menjaringkan satu gol ketika membantu Liverpool menewaskan City 1-0 pada Ahad. - Foto Agensi
Salah (depan) menjaringkan satu gol ketika membantu Liverpool menewaskan City 1-0 pada Ahad. - Foto Agensi
A
A
A

KEJAYAAN membenam Manchester City melonjak semangat pemain sensasi, Mohamed Salah untuk membantu Liverpool memburu gelaran biarpun mencabar, namun bukan mustahil.

Pemain Mesir itu berkata, The Reds belum mahu mengalah untuk meraih gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas dia menyumbat gol kemenangan 1-0 sekali gus memadam rekod tanpa kalah City musim ini pada Ahad.

Liverpool ketinggalan 10 mata di belakang City dan 14 mata di belakang pendahulu liga, Arsenal selepas memulakan perlawanan dengan hanya tiga kemenangan aksi liga sebelum ini.

"Secara peribadi, saya suka turun bermain untuk merebut gelaran.

"Saya mahu berjuang untuk mendapatkannya (kejayaan) tetapi kami perlu lebih fokus dan mengambil satu perlawanan pada satu masa," katanya.

Dalam aksi itu, Jurgen Klopp dibuang padang pada hujung perlawanan selepas bertekak dengan pegawai perlawanan kerana enggan memberikan sepakan percuma kepada Salah.

City turut berang dengan pengadil selepas Anthony Taylor tidak membenarkan jaringan Phil Foden pada awal babak kedua susulan video bantuan pengadil (VAR).

"Ini adalah Anfield," kata pengurus City, Pep Guardiola, yang menjadi mangsa dibaling syiling oleh penyokong selepas kekecohan berkaitan gol tidak dibenarkan itu.

Artikel Berkaitan:

Berdasarkan semua pencapaian di bawah Guardiola, City masih 'berkuasa' di Anfield pada ketika Liverpool berbangga masih dengan rekod tanpa kalah dalam aksi liga di depan penyokong sendiri sejak 2017 terus utuh.

Sebelum perlawanan, Klopp mendakwa tiada siapa mahu menandingi kehebatan jentera jaringan City selepas kehadiran Erling Haaland menajamkan lagi juara bertahan EPL itu.

Namun rekod jaringan dalam 10 perlawanan berturut-turut dilakar penyerang Norway itu berakhir pada ketika Liverpool berharap musim mereka lebih baik.

"Pada hari biasa, anda mungkin tidak boleh cuba menjaringkan gol ke atas City, anda perlu mencapai kemuncak dan terus berusaha.

"Itu yang kami lakukan dengan cara sangat tersusun dan bersemangat," ujar Klopp.