Penunggang motosikal maut elak pokok tumbang

Lokasi kemalangan mengakibatkan seorang penunggang motosikal maut.
Lokasi kemalangan mengakibatkan seorang penunggang motosikal maut.
A
A
A

GERIK - [DIKEMAS KINI] Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangi terbabas dan bertembung dengan motosikal lain ketika mengelak pokok tumbang di Kilometer 16, Jalan Pengkalan Hulu-Gerik, Pengkalan Hulu di sini pada Ahad.

Dalam kejadian sekitar jam 7.45 pagi itu, Mohamad Shah Abd Hamid, 45, yang menunggang motosikal jenis Honda Wave meninggal dunia di lokasi kejadian.

Kejadian turut mengakibatkan seorang lagi penunggang motosikal jenis Yamaha 135LC parah.

Ketua Polis Daerah Pengkalan Hulu, Deputi Superintenden Zulkepli Ibrahim berkata, nahas dipercayai berlaku ketika mangsa dalam perjalanan ke tempat kerja di Klian Intan.

Menurutnya, tiba di lokasi kejadian, terdapat pokok tumbang yang melintang di laluan itu mengakibatkan motosikal mangsa mengelak dan masuk ke laluan bertentangan.

"Sebuah lagi motosikal yang datang dari arah bertentangan tidak dapat mengelak lalu bertembung dengan motosikal mangsa.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi lelaki berusia 22 tahun cedera parah di kepala dan kini dirawat di Hospital Baling," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Beliau berkata, ketika kejadian keadaan cuaca hujan dan kedua-dua motosikal mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan.

Artikel Berkaitan:

"Mayat mangsa yang beralamat di Baling, Kedah dihantar ke Hospital Gerik untuk bedah siasat.

"Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.