PBB muktamadkan kerusi Parlimen ditandingi Selasa ini

Alexander Nanta (tengah) ketika ditemui pemberita di Banda Hilir, Melaka pada Sabtu.
Alexander Nanta (tengah) ketika ditemui pemberita di Banda Hilir, Melaka pada Sabtu.
A
A
A

MELAKA - Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PPB) belum membuat sebarang keputusan untuk bertanding di 14 daripada 31 kerusi Parlimen Sarawak.

Setiausaha agungnya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, keputusan itu akan dimuktamadkan dalam mesyuarat majlis tertinggi parti itu pada Selasa ini.

Menurutnya, pengisian utama mesyuarat berkenaan adalah untuk berbincang mengenai persediaan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan kemungkinan akan memutuskan senarai calon yang akan bertanding.

"Kita belum bermesyuarat lagi, majlis tertinggi (PPB) belum putuskan lagi dan kita akan bermesyuarat untuk persediaan PRU, " kata beliau ketika ditemui pemberita di Banda Hilir di sini pada Sabtu.

Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Kapit berkata, keputusan pemilihan calon turut diserahkan kepada pimpinan tertinggi Gabungan Parti Sarawak (GPS) memandangkan PPB berada dalam gabungan itu demi keputusan bersama.

"Saya ikut apa yang diputuskan oleh pemimpin parti.

"Kalau parti saya, PPB mencalonkan saya sekali lagi, saya terimalah cabaran itu mungkin boleh tanding sekali lagi," kata beliau lagi.

Media pada Isnin lalu melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismaip Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen selepas diperkenan Yang di-Pertuan Agong untuk memberi laluan kepada PRU15.

Artikel Berkaitan:

Perdana Menteri mengesyorkan ketua-ketua kerajaan negeri kecuali Sabah, Sarawak Melaka dan Johor supaya mengambil tindakan sewajarnya membubarkan Dewan undangan Negeri (DUN) masing-masing pada tarikh sama dengan PRU peringkat Parlimen.