Sila log masuk terlebih dahulu.

Pembeli belum diberikan sebarang jaminan status terbaharu projek 'sakit'

A
A
A

BERITA MOJO 31 MEI 2023

Lebih 120 pembeli rumah pangsapuri untuk kakitangan awam di Lembah Sireh, Kota Bharu menuntut penjelasan daripada pemaju berhubung perkembangan terkini status projek berkenaan sama ada 'sakit' atau masih berjalan, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.

Dakwa mereka, 'syurga' yang sepatutnya disiapkan pada 2020 itu telah terbengkalai sejak enam tahun lalu dan sehingga kini pembeli belum diberikan sebarang jaminan status terbaharu berkait dengan kediaman tersebut.

Wakil pembeli, Dr Maryam Azlan, berkata, mereka telah merujuk perkara tersebut kepada pelbagai pihak termasuk pemaju, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), syarikat guaman dan sebagainya namun tiada jawapan yang pasti diterima.

Artikel berkaitan: http://bitly.ws/Gdnx

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #BeritaMojo #SinarHarian