[VIDEO] PRU15: Tuntut kesatuan idea Ahmad Zahid, Ismail Sabri

Ahmad Jazlan (dua dari kanan) hadir merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Machang pada Sabtu.
Ahmad Jazlan (dua dari kanan) hadir merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Machang pada Sabtu.
A
A
A

MACHANG - Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Machang sebulat suara meluluskan usul menuntut usaha mewujudkan keharmonian hubungan dan kesatuan idea perjuangan antara Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, usul itu turut menuntut usaha yang sama di seluruh peringkat kepemimpin UMNO.

“UMNO Machang mahukan permuafakatan dan solidariti di semua peringkat untuk gerak kerja bagi menghadapi PRU15.

“Hari ini tidak ada lagi soal mana-mana ‘kem’ UMNO di Putrajaya atau di tempat lain termasuk di peringat bawahan,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Machang di Bukit Tiu, di sini, pada Sabtu.

Usul tersebut termasuk keseluruhan enam yang dibacakan oleh Ketua Penerangan UMNO Bahagian Machang, Mohd Syafiq Mat Hassan yang disokong oleh kira-kira 300 orang perwakilan bahagian itu.

Ahmad Jazlan yang juga Ketua UMNO Bahagian Machang berkata, usul UMNO bahagian itu antara lain bersetuju menyokong penuh kepimpinan beliau menerajui kepimpinan negeri dan jentera Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan bagi memastikan kemenangan di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini.

Perwakilan UMNO Bahagian Machang yang menyokong enam usul politik pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Machang di Bukit Tiu, Machang.
Perwakilan UMNO Bahagian Machang yang menyokong enam usul politik pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Machang di Bukit Tiu, Machang.

“UMNO Machang menggesa supaya mempercepatkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) menyiasat dakwaan dan salah laku bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas berkait kandungan buku tulisan beliau, Justice In The Wilderness serta membuat pendakwaan ke atas Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Artikel Berkaitan:

“Kami juga meminta untuk menilai semula dan mempersoalkan kaedah pelantikan hakim yang tidak mengikut lunas undang-undang semasa pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melalui penubuhan RCI bagi tujuan berkenaan,” katanya,

Selain itu, beliau berkata, UMNO Machang bersetuju memberi peluang untuk membuka semula kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengemukakan bukti baharu yang berkaitan termasuk memanggil sepenuhnya saksi yang terbabit dalam kes pendakwaan itu.