Adib ditarik keluar: Pakar

Dr Shahrom (bertali leher merah) hadir ke Mahkamah Koroner, hari ini sebagai saksi ke 29 inkues Muhammad Adib.
Dr Shahrom (bertali leher merah) hadir ke Mahkamah Koroner, hari ini sebagai saksi ke 29 inkues Muhammad Adib.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Anggota bomba dan penyelamat (PPBM) Subang Jaya, Muhammad Adib Mohd Kassim ditarik keluar daripada van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dalam insiden rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman November lalu.

Ia adalah berdasarkan luka sagat belakang pinggang dan butang pertama, kedua, dan keempat pada baju celoreng Muhammad Adib yang tercabut.

Demikian antara rumusan yang dibuat bekas Pakar Perunding Kanan Forensik dan Patologi Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Profesor Dr Shahrom Abd Wahid kepada Mahkamah Koroner hari ini.

Menurutnya, daun pintu EMRS telah diterajang menyebabkan luka sagat dan patah tulang-tulang rusuk di dada kanan pada bahagian atas serta kesan lebam paru-paru kanan.

"Bahagian belakang kiri badan mangsa telah ditolak dengan kuat mengenai bahagian sisi menegak daun pintu menyebabkan patah tulang-tulang rusuk kiri posterior dan lebam paru-paru kiri," katanya.

Beliau yang saksi ke 29 berkata, daun pintu EMRS telah sekali lagi diterajang menyebabkan dua lebam pada bahagian hadapan atas lengan kanan.

"Bahagian belakang kiri badan mangsa telah ditolak dengan kuat mengenai bahagian sisi menegak daun pintu menyebabkan kepatahan tulang-tulang rusuk kiri posterior dan lebam paru-paru kiri," katanya.

Dr Shahrom, 61, merupakan satu-satunya pakar patologi forensik yang mempunyai kelayakan tertinggi di Malaysia berkata, mangsa mati akibat kecederaan parah paru-paru kiri dan kanan akibat hentakan-hentakan trauma tumpul.

Artikel Berkaitan:

"Hentakan trauma tumpul ini adalah bukan akibat perbuatan diri sendiri tetapi akibat perbuatan dua atau lebih orang lain," katanya pada pemeriksaan utama oleh Peguam Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Syazlin Mansor.

Menceritakan penglibatannya dalam inkues Muhammad Adib, Dr Shahrom berkata, dia menerima emel daripada Syazlin pada 13 Mac lalu bagi mendapatkan bantuan daripada segi khidmat nasihat dalam kes forensik patologi.

Dr. Shahrom berkata, beliau menerima laporan kes sebaik sahaja Syazlin memaklumkan terdapat keraguan dalam rekonstruksi.

"Saya melihatnya secara terperinci sebelum memohon mengambil kes untuk memberi bantuan dalam kes selain diberi material, dokumen, video dan gambar.

"Saya juga telah meminta untuk melihat sendiri keadaan kenderaan tersebut. Malah, saya melihat ada bukti yang perlu dilihat selain perlu membuat simulasi dan lakonan semula," ujarnya.

Menjelaskan mengenai turutan kejadian, beliau berkata, kejadian berlaku sekitar lapan saat.

Katanya, daya tarikan menyebabkan tangan kanan Muhammad Adib tegak ke atas dan impak sekali lagi terkena ruang tombol getah.

"Bagaimanapun pintu mungkin ditendang dan daun pintu melantun keluar atau orang pertama tendang diikuti oleh tendangan orang kedua.

Hentakan cukup kuat dan mematahkan tulang rusuk kiri satu hingga tujuh kemudian Muhammad Adib jatuh ke jalan raya.

"Ini adalah pendapat saya dan dibuat benar untuk sains forensik kerana tidak berada di tempat kejadian," katanya.

Prosiding di hadapan Koroner Rofiah Mohamad ditangguhkan dan bersambung esok.