Foden kekal di City hingga 2027

Foden menyambung kontrak untuk kekal bersama City bagi tempoh lima tahun lagi. Foto Agensi
Foden menyambung kontrak untuk kekal bersama City bagi tempoh lima tahun lagi. Foto Agensi
A
A
A

JODOH pemain sensasi, Phil Foden bersama Manchester City dilihat semakin utuh apabila akan kekal bersama The Citizens hingga tahun 2027.

Pemain berusia 22 tahun itu diberi peluang membuat debut oleh jurulatih Pep Guardiola pada 2017.

"Sukar untuk mengatakan bahawa saya sangat gembira menandatangani kontrak ini. Ia impian menjadi kenyataan," katanya.

Termeterai perjanjian itu membuka lebih banyak peluang buat Foden untuk melakar banyak kejayaan bersama City.

"Dengan skuad yang ada ini, saya boleh terus belajar dan menang trofi di sini. Ia adalah dua perkara paling penting buat saya," katanya.

Foden telah merangkul sembilan trofi utama sejak menyertai pasukan utama dari akademi City.

Dia juga sudah meledak 52 gol daripada 182 perlawanan sejak membuat penampilan pertama lima tahun lalu.

Tujuh daripada gol itu dibuat pada musim ini, termasuk hatrik terbaharu ketika City menang 6-3 mengatasi Manchester United.

Artikel Berkaitan:

"Saya sudah banyak meningkat sejak beberapa tahun lalu. Ia disebabkan Pep dan staf kejurulatihan yang membimbing saya setiap hari semas latihan.

"Bekerja dengan mereka memberikan saya peluang untuk meningkat dan menjadi pemain terbaik," katanya.

Pengarah bola sepak City, Txiki Begiristain percaya Foden boleh menjadi seorang daripada pemain terbaik dunia jika dia terus meningkat pada musim-musim mendatang.