Covid-19: 2,231 kes baharu, lima kematian

KKM merekodkan sebanyak 2,231 kes baharu Covid-19 pada Jumaat dengan enam daripadanya merupakan kes import. Foto 123RF
KKM merekodkan sebanyak 2,231 kes baharu Covid-19 pada Jumaat dengan enam daripadanya merupakan kes import. Foto 123RF
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan sebanyak 2,231 kes baharu Covid-19 pada Jumaat dengan enam daripadanya merupakan kes import.

Menurut data di portal KKMNOW, sebanyak lima kes kematian baharu turut dicatatkan dengan satu daripadanya merupakan kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula kini adalah sebanyak 23,557 dengan 22,547 atau 95.7 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

KKM turut melaporkan, tiada pesakit ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), sementara seramai 976 pesakit ditempatkan di hospital dengan 34 daripadanya dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Daripada jumlah itu, 21 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Pada masa sama, kes sembuh direkodkan pada Khamis ialah 1,473 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,803,485 kes.

Artikel Berkaitan: