160 asnaf jadi pengeluar zakat sejak 2013

Seramai 1,228 keluarga asnaf fakir dan miskin kini bergelar usahawan sejak tahun 2013 hingga tahun lalu.
Seramai 1,228 keluarga asnaf fakir dan miskin kini bergelar usahawan sejak tahun 2013 hingga tahun lalu.
A
A
A

SHAH ALAM - Lembaga Zakat Selangor (LZS) memaklumkan kira-kira 120 hingga 160 keluarga asnaf berjaya keluar daripada kepompong kemiskinan dan menjadi pengeluar zakat sejak tahun 2013.

LZS menerusi satu kemas kini di Facebooknya turut menjelaskan sejumlah 1,228 asnaf kini bergelar usahawan sejak 2013 sehingga tahun lalu.

Menurut hantaran berkenaan, golongan tersebut berjaya berbuat demikian setelah dibantu oleh Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (Teras) yang menawarkan pelbagai latihan keusahawanan.

Jelas LZS, antara bidang yang diberi penekanan ialah sektor makanan, peruncitan, perkhidmatan, pertanian, perikanan, pembuatan dan penternakan.

"Mereka berjaya memanfaatkan peluang, dana dan ruang yang diberikan sebaiknya untuk kembali bangkit berdikari.

"Insya-ALLAH, usaha ini akan berterusan dan lebih ramai insan yang bakal dibantu untuk keluar dari kepompong kemiskinan," katanya pada Jumaat.

Sinar Harian pada Ogos lalu melaporkan LZS menyasarkan seramai 1,500 daripada 65,000 keluarga keluar daripada senarai penerima bantuan agensi itu pada tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Sabirin Mohd Sarbini berkata, jumlah keluarga asnaf yang keluar daripada kemiskinan meningkat berbanding tahun lalu.

Artikel Berkaitan: