Laporan penuh kewangan LTAT diumum Jun atau Julai - Mohamad Sabu

Mohamad Sabu
Mohamad Sabu
A
A
A

KUALA LUMPUR - Laporan penuh kewangan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) akan diumumkan pada Jun atau Julai depan, kata Menteri Pertahanan Mohamad Sabu.

Beliau berkata laporan itu terpaksa ditangguhkan kerana pihak audit masih menelitinya.

“Kita terpaksa tangguhkan dari Mac kerana audit masih berjalan,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Katanya, Ketua Eksekutif LTAT Nik Amlizan Mohamed juga dijangka mengadakan sidang media bagi memberi penjelasan ringkas berhubung laporan kewangan itu, Khamis ini.

Pada 30 Mac lalu, Mohamad berkata dividen LTAT masih belum dibuat kerana terdapat masalah pentadbiran berpunca daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Katanya, ia lambat diumumkan kerana terdapat banyak akaun yang tidak menunjukkan kedudukan sebenar oleh pemerintahan kerajaan terdahulu. - Bernama

Artikel Berkaitan: