Covid-19: 1,628 kes baharu, satu kematian

KKM merekodkan 1,628 kes baharu Covid-19 dengan satu kematian pada Rabu. - Gambar Bernama
KKM merekodkan 1,628 kes baharu Covid-19 dengan satu kematian pada Rabu. - Gambar Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 1,628 kes baharu Covid-19 dengan satu kematian pada Rabu.

Menurut data di portal KKMNow, kes terbaharu yang dicatatkan itu membabitkan 1,621 penularan tempatan dan tujuh penularan import.

Ia menjadikan kumulatif kes tempatan meningkat kepada 4,820,872 sementara kumulatif penularan import sebanyak 38,264 kes.

Satu kes kematian yang dilaporkan berlaku di Pahang menjadikan keseluruhan kes kematian akibat Covid-19 kini 36,407 kes.

Kes aktif baharu yang dikesan pula sebanyak 282 menjadikan keseluruhan kes aktif ketika ini 22,145 kes.

Daripada jumlah itu, 21,199 atau 95.7 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah dan 905 atau 4.1 peratus pesakit kuarantin di hospital dengan 21 kes tidak memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) serta 20 kes memerlukan ABP.

Sebanyak 1,345 kes sembuh turut dilaporkan yang menjadikan jumlah sembuh setakat ini 4,800,584 sejak pandemik melanda negara lebih dua tahun lalu.

Artikel Berkaitan: