RM2.35 juta naik taraf Stadium Darul Makmur

Kerja naik taraf Stadium Darul Makmur, Kuantan akan meliputi kerja-kerja fasiliti dan persekitaran. Foto Agensi.
Kerja naik taraf Stadium Darul Makmur, Kuantan akan meliputi kerja-kerja fasiliti dan persekitaran. Foto Agensi.
A
A
A

KUANTAN - RM2.35 juta diperuntukkan bagi menaik taraf Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang yang meliputi fasiliti dan persekitarannya pada tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Pahang, Datuk Seri Mohd Johari Hussain berkata, peruntukan itu juga akan digunakan bagi mengadakan sambutan jubli emas stadium berkenaan yang terletak di pusat bandar pada 2023.

"Buku dengan kandungan sejarah dan transformasi stadium perlu disediakan dan dilancar sempena sambutan jubli emas.

"Ini bertujuan supaya peristiwa bersejarah sejak Stadium Darul Makmur mula dibangunkan akan terus diingati terutama oleh generasi muda," katanya semasa menggulung perbahasan Belanjawan Pahang 2023 di Wisma Sri Pahang pada Rabu.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga berhasrat mengaktifkan semula sukan ekuestrian menerusi peruntukan RM1.5 juta melalui Majlis Sukan Pahang untuk membaik pulih Kompleks Ekuestrian di Tanjung Lumpur, Kuantan dan penganjuran sukan itu di peringkat kebangsaan. - Bernama

Artikel Berkaitan: