Tidak perlu bentang undang-undang lompat parti sebelum bubar

SAARANI
SAARANI
A
A
A

IPOH - Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tidak akan mengadakan persidangan khas bagi membentangkan Undang-Undang Tubuh Negeri berkaitan lompat parti sebelum ia dibubarkan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, undang-undang tersebut boleh dibentangkan kemudian selepas pilihan raya.

"Tak ada keperluan mendesak... sebab ia masih boleh dibentangkan dalam sidang-sidang Dewan Negeri selepas pilihan raya," katanya ringkas ketika Sidang Media Khas di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pada Rabu.

Saraani berkata demikian sebagai mengulas gesaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Keranji, Chong Zhemin yang mahu undang-undang berkaitan lompat parti dibentang dan diluluskan sebelum PRU15.

Zhemin dalam satu kenyataan pada Rabu mencadangkan perkara berkenaan kerana melihat undang-undang ini penting bagi mengelak berlaku sebarang pengkhianatan yang pernah berlaku beberapa kali dalam sejarah politik di negeri Perak selepas pilihan raya.

Jelasnya, Saarani boleh memanggil satu Sidang DUN tergempar berdasarkan Perintah-perintah Tetap Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan Perkara 8 untuk membentangkan RUU berkenaan yang kemudian dibahas dan diluluskan dalam masa sehari.

Beliau juga yakin RUU berkenaan boleh mendapat sokongan lebih 2/3 daripada ADUN Perak.

Artikel Berkaitan: