Bentang RUU lompat parti sebelum bubar DUN Perak

ZHEMIN
ZHEMIN
A
A
A

IPOH - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad digesa menangguhkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak selagi Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan lompat parti diluluskan di peringkat negeri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Keranji, Chong Zhemin berkata, Saarani boleh memanggil satu Sidang DUN tergempar berdasarkan Berdasarkan Perintah-perintah Tetap Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan Perkara 8 untuk membentangkan akta antilompat parti yang kemudian dibahas dan diluluskan dalam masa sehari.

Menurutnya, undang-undang ini penting bagi mengelak berlaku sebarang pengkhianatan yang pernah berlaku beberapa kali dalam sejarah politik di negeri Perak.

"Saya ingin menyeru Datuk Seri Saarani supaya jangan bertindak terburu-buru dalam membubarkan DUN Perak kerana akta antilompat parti Perak belum dibentangkan dan diluluskan.

"Saya yakin penggubalan perlembagaan negeri bagi akta antilompat parti ini boleh mendapat sokongan lebih 2/3 daripada ahli DUN Perak," katanya dalam satu kenyataan akhbar pada Rabu.

Zhemin berkata, pengkhianatan wakil rakyat kali pertama berlaku pada tahun 2009, apabila tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Pakatan Rakyat (PR) keluar dari parti masing-masing menjadi ADUN bebas dan menyokong BN untuk menjatuhkan kerajaan PR ketika itu.

Katanya, pada tahun 2020 pula, pengkhianatan kedua berlaku apabila beberapa orang ADUN telah mengalih sokongan dan menyebabkan kerajaan PH tumbang.

Jelasnya, disebabkan itu, negeri Perak wajib meluluskan akta antilompat parti sebelum DUN Perak dibubarkan untuk mengelakkan peristiwa pahit itu berulang lagi.

Artikel Berkaitan:

Menerusi laporan portal berita pada Selasa, Perlis mengambil keputusan membubarkan DUN selepas pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti, pada Mesyuarat Sidang DUN, pada Khamis.

Menteri Besar Azlan Man, berkata ia dibentangkan terlebih dahulu pada Mesyuarat Ketiga Penggal Persidangan Kelima DUN Perlis ke-14, pada hari berkenaan.

Semalam, Saarani memaklumkan sudah mendapat perkenan bagi menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkaitan