MAIWP salur zakat kepada asnaf layak elak penipuan

MAIWP melalui Skuad Jejak Asnaf turun padang membuat pengesahan dan mendapatkan maklumat tepat bagi mengelakkan kes penipuan untuk mendapatkan bantuan.
MAIWP melalui Skuad Jejak Asnaf turun padang membuat pengesahan dan mendapatkan maklumat tepat bagi mengelakkan kes penipuan untuk mendapatkan bantuan.
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memastikan wang zakat hanya disalurkan kepada asnaf layak bagi mengelakkan sebarang kes penipuan.

MAIWP dalam satu kenyataan memaklumkan, setiap ringgit wang zakat disalurkan MAIWP kepada penerima adalah mereka yang layak dan memerlukan bantuan.

Kenyataan itu memberitahu, sekiranya terdapat keraguan permohonan, MAIWP melalui Skuad Jejak Asnaf akan turun padang membuat pengesahan dan mendapatkan maklumat tepat.

"Ini salah satu kaedah untuk memastikan maklumat yang diterima MAIWP ditapis dengan betul dan telus," katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Rabu.

Menurut kenyataan itu, setiap permohonan perlulah ditapis terlebih dahulu bagi mengurangkan penipuan selain memastikan wang zakat hanya diberikan kepada asnaf yang layak untuk menerima bantuan dengan melalui pelbagai aspek penilaian.

"Nampak ia tugas rumit dan sukar, tetapi inilah amanah pembayar zakat yang perlu MAIWP tunaikan," kata kenyataan itu.

Artikel Berkaitan: