MCA minta orang Cina jangan takut dengan UMNO-Pas

Lian Ker berkata demikian ketika berucap di program Ceramah Sepentas BN di Taman Kelab Tuanku, malam tadi.
Lian Ker berkata demikian ketika berucap di program Ceramah Sepentas BN di Taman Kelab Tuanku, malam tadi.
A
A
A

SEREMBAN - MCA semakin terbuka dengan kerjasama UMNO-Pas apabila meminta masyarakat Cina tidak takut dengan gandingan dua parti Melayu itu.

Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, semua persepsi buruk mengenai kerjasama tersebut hanya dimainkan oleh pemimpin DAP.

"Saya menyeru kepada masyarakat Cina jangan terus diracuni pemikiran mereka bahawa Pas haruslah ditakuti atau pemimpin UMNO akan menekan masyarakat Cina.

"Ini semua dimomokkan oleh DAP semata-mata," katanya ketika berucap di program Ceramah Sepentas BN di Taman Kelab Tuanku di sini malam tadi.

Turut hadir, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa dan Presiden Makkal Sakti, Datuk Seri R S Thanenthiran. Mengakui MCA mempunyai perbezaan dengan Pas dan UMNO, Lian Ker berkata, mereka mempunyai pendekatan sendiri.

"Kita ada cara dan pendekatan yang kita pegang. Inilah budaya politik majmuk BN," katanya.

Sementara itu, Ahmad ketika berucap membuat jemputan terbuka kepada Lian Ker untuk berceramah kepada ahli Pas di Kelantan.

"Saya jemput beliau datang ke Kelantan untuk memberi gambaran bahawa perpaduan bahawa perpaduan berlaku dengan baik, jangan takut," katanya.

Artikel Berkaitan:

Katanya, muafakat ditunjukkan pembangkang hanya ditakuti oleh PH yang didakwanya telah menghancurkan perpaduan di negara ini.

"Apa yang berlaku ini memberi kesedaran tinggi kepada kita untuk membina perpaduan yang benar dan sebetulnya di negara kita ini. Sebab kita menerima hakikat bahawa negara kita ada kaum Melayu, Cina dan India.

"Pas dah memerintah Kelantan selama 28 tahun dan hubungan antara kaum amat baik. Setakat ini tidak ada satu insiden yang berlaku antara agama di Kelantan, kita hormat antara satu sama lain," katanya.

Dalam program sama, pengacara majlis kemudiannya mengumumkan Lian Ker menerima jemputan Ahmad untuk berceramah di Kelantan.