Covid-19 catat 1,241 kes baharu, tiga kematian

KKM rekodkan 1,241 kes baharu Covid-19 pada Isnin menjadikan jumlah kumulatif kes adalah sebanyak 4,856,217. - Foto Bernama
KKM rekodkan 1,241 kes baharu Covid-19 pada Isnin menjadikan jumlah kumulatif kes adalah sebanyak 4,856,217. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 1,241 kes baharu Covid-19 pada Isnin menjadikan jumlah kumulatif kes adalah sebanyak 4,856,217.

Berdasarkan data daripada portal KKMNow, terdapat tiga kematian yang telah dicatatkan.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini seramai 36,403 orang daripada lebih 4.8 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Sementara itu, KKM turut mencatatkan sejumlah 22,167 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dengan 21,200 pesakit kuarantin di rumah, 929 menerima rawatan di hospital.

Data itu juga menunjukkan sejumlah 38 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut, 25 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, sebanyak 1,843 kes sembuh turut direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh di negara ini sebanyak 4,797,647.

Artikel Berkaitan: