Kekecewaan Agong, PM paling layak jawab

Laporan Sinar Harian. Mohamed Khaled (gambar kiri).
Laporan Sinar Harian. Mohamed Khaled (gambar kiri).
A
A
A

KUALA LUMPUR - Hanya Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob layak menjawab mengenai kekecewaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, perkara itu kemungkinan akan dijelaskan dalam tempoh beberapa hari.

“Saya rasa Perdana Menteri akan jawab dalam sehari atau dua ini.

“Semasa mesyuarat Biro Politik tadi, Ismail Sabri ada sebut sewaktu kami tanya apa maksud kekecewaan Yang di-Pertuan Agong.

“Maka, Ismail Sabri adalah ‘best person’ untuk jawab kekecewaan itu apa,” katanya ketika menghadiri Mesyuarat MKT di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur pada Isnin.

Kenyataan Istana Negara pada Isnin menyebut Yang di-Pertuan Agong menzahirkan rasa kecewa dengan perkembangan politik semasa dan Seri Paduka Baginda tidak mempunyai pilihan selain memperkenankan permintaan Perdana Menteri bagi memulangkan kembali mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang stabil.

Antara lain, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Yang di-Pertuan Agong bertitah agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjalankan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam tempoh terdekat mengambil kira Monsun Timur Laut yang diramal bermula pertengahan November 2022.

Artikel Berkaitan: