Tiada masalah tembusi Pahang: Muhyiddin

Muhyiddin ketika sidang akhbar selepas mesyuarat bersama barisan kepimpinan PN Negeri Pahang pada Isnin. Turut kelihatan, Pengerusi PN Negeri Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah (duduk, kiri). - Foto Bernama
Muhyiddin ketika sidang akhbar selepas mesyuarat bersama barisan kepimpinan PN Negeri Pahang pada Isnin. Turut kelihatan, Pengerusi PN Negeri Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah (duduk, kiri). - Foto Bernama
A
A
A

TEMERLOH - Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan tiada masalah untuk menembusi kubu BN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) termasuk di Pahang walaupun dikatakan sebagai kubu kuat parti itu.

"Saya tidak tahu siapa kata Pahang kubu kuat BN? Daripada laporan yang saya terima, ia tidak sebegitu.

"Kalau dalam PRU14 lalu, BN tidak menang besar di Pahang, Pas pun sudah ada di sini mula bertapak, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pun menang peringkat Parlimen (Indera Mahkota).

"Pas sahaja menang lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU14 lalu dan ia perkembangan baik, malah dengan gerak kerja yang dilakukan sejak beberapa tahun lepas, Insya-ALLAH kami akan mencapai kemenangan," katanya.

Muhyiddin berkata dalam sidang akhbar ketika majlis pelancaran PN Pahang di sebuah hotel di sini pada Isnin.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, fakta telah menunjukkan bahawa keyakinan dan sokongan rakyat terhadap UMNO, BN semakin luntur berdasarkan kajian sikap dilakukan.

Jelas beliau, ia bersandarkan kepada masalah dihadapi parti itu khususnya dalam soal integriti, rasuah dan pimpinannya dikaitkan dengan kes mahkamah.

Artikel Berkaitan: