SPR adakan mesyuarat khas tentukan tarikh penting PRU15

SPR akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan dan menentukan tarikh-tarikh penting pelaksanaan PRU15.
SPR akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan dan menentukan tarikh-tarikh penting pelaksanaan PRU15.
A
A
A

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu mesyuarat khas bagi membincangkan dan menentukan tarikh-tarikh penting pelaksanaan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) susulan pengisytiharan pembubaran Parlimen ke-14 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Isnin.

Setiausahanya, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, mesyuarat itu turut mengambil kira pelaksanaan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) N.66 Bugaya, Sabah yang bakal diadakan pada satu tarikh akan dimaklumkan kelak.

Pada masa sama, beliau memaklumkan bahawa permohonan undi pos dalam dan luar negara bagi PRU15 kini dibuka serta-merta.

Katanya, tarikh tutup permohonan akan dimaklumkan kelak selepas SPR bermesyuarat bagi menentukan tarikh-tarikh pilihan raya.

“Seterusnya untuk permohonan undi pos bagi Kategori 1A (petugas pilihan raya, ahli/pegawai SPR, anggota polis, tentera dan petugas media), hendaklah memohon secara manual menggunakan Borang 1A yang dimuat turun dari portal rasmi SPR di https://www.spr.gov.my, dan dihantar ke Pejabat Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya berkenaan.

“Alamat dan maklumat Pejabat Pegawai Pengurus boleh dirujuk di portal rasmi SPR.

“Manakala, bagi Kategori 1B iaitu warganegara Malaysia yang berada di luar negara dan 1C (agensi/organisasi) pula, permohonan hendaklah dikemukakan secara dalam talian (online) melalui portal berikut: https://myspr.spr.gov.my/login,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Artikel Berkaitan: