Peratusan keluar mengundi penentu kemenangan PH

Chin Tong (tengah) pada sidang akhbar di Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Stulang pada Isnin.
Chin Tong (tengah) pada sidang akhbar di Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Stulang pada Isnin.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) yakin mampu mengulangi kejayaan menenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) jika peratusan keluar mengundi melebihi 70 peratus.

Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong berkata, pada PRU14 lalu, jumlah peratusan keluar mengundi 83 peratus membabitkan 12.4 juta daripada jumlah keseluruhan pengundi iaitu seramai 14.9 juta.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan pertambahan jumlah pengundi selepas Undi18 dan daftar automatik menjadikan jumlah pengundi meningkat kepada lebih 21 juta.

Katanya, pertambahan hampir 40 peratus jumlah pengundi itu pastinya akan mempengaruhi kemenangan sesebuah parti.

"Sekiranya jumlah keluar mengundi lebih 16 juta orang, maka kemenangan untuk PH lebih cerah. Disebabkan itu, kita harap pengundi luar dan anak muda tidak melupakan tanggungjawab mereka keluar mengundi undi.

Tetapi jika hanya 12 juta sahaja keluar mengundi atau kurang dari itu, peluang tinggi untuk BN menang memandangkan mereka dilihat bergantung kepada pengundi tegar mereka semata-mata.

"Justeru, peratusan keluar mengundi menjadi barometer yang menentukan keputusan PRU15 akan datang," katanya pada sidang akhbar di Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Stulang, di sini pada Isnin.

Chin Tong yang juga Timbalan Pengerusi PH Johor menegaskan keputusan Perdana Menteri mengadakan PRU15 dalam tempoh Monsun Timur Laut akan memakan diri selain bakal membangkitkan kemarahan rakyat.

Artikel Berkaitan:

Sebelum itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen dalam satu perutusan khas selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.