79 mangsa banjir di Sabah ditempatkan di dua PPS

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KOTA KINABALU - Seramai 79 daripada 14 keluarga mangsa banjir di Sabah dipindahkan ke dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dalam bencana melibatkan daerah Penampang dan Putatan setakat jam 4 petang ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan, sebuah PPS dibuka lewat pagi tadi di Dewan PPR Sri Keramat, Putatan yang menempatkan 53 orang daripada sembilan keluarga.

Katanya, mangsa banjir di PPS Dewan Kebudayaan Penampang mangsa banjir berkurangan daripada 43 orang daripada 13 keluarga jam 8 pagi tadi, kepada 26 orang daripada lima keluarga pada petang ini.

"Trend semasa banjir ketika ini menurun, pemantauan masih diteruskan terutama di kawasan hotspot banjir,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Jabatan Keretapi Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan, jadual perkhidmatan kereta api daripada Sembulan di sini ke Beaufort yang dibatalkan semalam, akan kembali beroperasi pada pukul 5.30 petang ini.

Menurut kenyataan itu, pembatalan operasi semalam adalah disebabkan landasan di Batu 11 dekat sini ditelengelami air setelah hujan lebat berterusan.

Hujan lebat berterusan petang semalam menyebabkan beberapa lokasi sekitar pantai barat Sabah terutama di daerah Kota Kinabalru, Tuaran dan Penampang dilanda banjir. - Bernama

Artikel Berkaitan: