Santai Walk 11 rapatkan ukhuwah, imarah surau selepas PKP

Para peserta Santai Walk 11 melakukan aktiviti renggangan sebelum memulakan acara jalan santai.
Para peserta Santai Walk 11 melakukan aktiviti renggangan sebelum memulakan acara jalan santai.
A
A
A

SHAH ALAM - Fasa peralihan ke endemik Covid-19 akhirnya memberi peluang kepada ahli kariah Madrasah Hidayah Seksyen 11 di sini untuk merapatkan semula hubungan sesama ahli dan penduduk sekitarnya setelah sekian lama.

Perkara tersebut dapat dicapai menerusi program Santai Walk 11 yang dianjurkan oleh institusi berkenaan buat pertama kalinya dengan penyertaan seramai 500 orang terdiri daripada penduduk Seksyen 11, 12, 14 dan dari luar daerah berkenaan.

Pelepasan para peserta dilancarkan oleh Pengerusi Madrasah Hidayah Seksyen 11, Nasir Khan Akbar Khan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik, Mohd Najwan Halimi sekitar jam 8 pagi, diiringi dengan alunan selawat.

Nasir Khan (kiri) dan Mohd Najwan membuat gimik pelepasan peserta Santai Walk 11 di Madrasah Hidayah Seksyen 11, Shah Alam pada Isnin.
Nasir Khan (kiri) dan Mohd Najwan membuat gimik pelepasan peserta Santai Walk 11 di Madrasah Hidayah Seksyen 11, Shah Alam pada Isnin.

Nasir Khan berkata, acara jalan santai tersebut dimulakan di Madrasah Hidayah Seksyen 11 di sini melalui beberapa kawasan sekitarnya sepanjang 2.5 kilometer.

Menurutnya, pemilihan jarak perjalanan yang pendek membolehkan semua golongan boleh menyertai acara tersebut termasuk warga emas dan kanak-kanak.

Nasir Khan (kiri) dan Mohd Najwan melengkapkan acara jalan santai sepanjang 2.5 kilometer.
Nasir Khan (kiri) dan Mohd Najwan melengkapkan acara jalan santai sepanjang 2.5 kilometer.

"Ramai yang hadir pun kami tidak kenal kerana mungkin mereka tinggal di luar kawasan sini, jadi secara tidak langsung kami boleh bersuai kenal dan merapatkan hubungan sesama mereka.

Artikel Berkaitan:

"Kami tidak mahu bercita-cita terlalu tinggi, jadi program sebegini mungkin diadakan sekurang-kurangnya setahun sekali," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Antara peserta yang menyertai program Santai Walk 11.
Antara peserta yang menyertai program Santai Walk 11.

Selain daripada aktiviti tersebut, program Santai Walk 11 turut dimeriahkan dengan acara cabutan bertuah dan gerai jualan.