Imigresen siasat sijil nikah ahli majlis bersama warga asing

Pengarah Imigresen Negeri Sembilan, Mohammed Khalil Ali
Pengarah Imigresen Negeri Sembilan, Mohammed Khalil Ali
A
A
A

SEREMBAN - Warga asing yang ditahan di rumah seorang ahli majlis wanita di Tampin baru-baru ini, dipercayai adalah suaminya.

Perkara tersebut dimaklumkan Pengarah Imigresen Negeri Sembilan, Mohammed Khalil Ali, setelah mendapati wanita tersebut mempunyai sijil pernikahan yang dijalankan di Narathiwat,Thailand.

Menurutnya, melalui percakapan yang diberikan oleh wanita itu, mereka sudah bernikah di Thailand pada 2013 lalu.

"Wanita itu tidak ditahan, hanya lelaki itu sahaja ditahan untuk siasatan, tetapi wanita berkenaan masih dalam perhatian dan pemantauan pihak kita, dia akan dipanggil untuk memberi keterangan lanjut.

"Bagaimanapun, siasatan awal mendapati lelaki itu adalah suaminya berdasarkan sijil nikah yang ditunjukkan tetapi perkara itu juga kita akan siasat.

"Buat masa ini, lelaki itu ditahan di Pusat Tahanan Imigresen di Lenggeng selama tempoh 14 hari untuk tujuan siasatan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Tambahnya, segala pertuduhan akan ditentukan oleh pihak pendakwa raya setelah mengkaji dan menjalankan siasatan secara teliti terhadap kes ini.

Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki warga negara Indonesia ditahan dalam rumah ahli majlis di Tampin oleh Jabatan Imigresen kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: 'Lucut jawatan jika bersalah': Aminuddin