Pelajar Nigeria parah ditetak

Kejadian tetak di Jalan Alor, Bukit Bintang.
Kejadian tetak di Jalan Alor, Bukit Bintang.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang pelajar kolej warga Nigeria parah ditetak berhampiran sebuah kedai serbaneka di Jalan Alor, Bukit Bintang, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, mangsa berusia 24 tahun menerima enam jahitan akibat cedera di bahagian kepala dan hidung. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan daripada seorang wanita tempatan.

“Terdapat kesan tetakan pada kepala dan hidung, manakala ada dua kesan torehan di belakang badannya selain kecederaan kecil di lutut kiri. “Mangsa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan mendapati mangsa diserang sekumpulan lelaki warga Nigeria dan usaha mengesan suspek masih giat dijalankan. Katanya, siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: