4,000 ekor ayam hangus, lori terbakar

Sebanyak 4,000 ekor ayam hangus dalam kejadian di Batu Melintang, Lebuhraya Timur Barat di Jeli pada Sabtu. - Foto JPBM
Sebanyak 4,000 ekor ayam hangus dalam kejadian di Batu Melintang, Lebuhraya Timur Barat di Jeli pada Sabtu. - Foto JPBM
A
A
A

JELI - Sebanyak 4,000 ekor ayam hangus dalam satu kejadian di Batu Melintang, Lebuhraya Timur Barat di sini pada Sabtu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Penolong Penguasa Bomba Mohd Adnin Ibrahim berkata, kejadian pada jam 12.15 tengah malam itu melibatkan kebakaran sebuah lori yang membawa muatan ayam hidup.

"Semasa kejadian tersebut, lori itu dikatakan dalam perjalanan dari arah Perak menghala ke Jeli.

"Kebakaran tersebut melibatkan ayam dan lori sahaja, manakala pemandu serta kelindan berjaya menyelamatkan diri," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Menurut beliau, operasi menyelamat melibatkan seramai sembilan anggota termasuk pegawai.

Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran melibatkan sebuah lori yang membawa muatan ayam hidup dalam kejadian di Batu Melintang, Lebuhraya Timur Barat di Jeli pada Sabtu. - Foto JPBM
Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran melibatkan sebuah lori yang membawa muatan ayam hidup dalam kejadian di Batu Melintang, Lebuhraya Timur Barat di Jeli pada Sabtu. - Foto JPBM

Katanya, punca kebakaran masih lagi dalam siasatan.

Artikel Berkaitan: