Kedah lahir lebih ramai atlet OKU

Mohd Firdaus berucap ketika Hari Sukan Negara 2022 Peringkat Negeri Kedah di Dataran Tasik Darulaman pada Sabtu. - Foto Facebook Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah
Mohd Firdaus berucap ketika Hari Sukan Negara 2022 Peringkat Negeri Kedah di Dataran Tasik Darulaman pada Sabtu. - Foto Facebook Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah
A
A
A

JITRA - Kedah akan melahirkan lebih ramai atlet dalam kalangan orang kurang upaya (OKU) untuk diketengahkan sebagai atlet paralimpik di negeri ini.

Exco Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Mohd Firdaus Ahmad berkata, Karnival Sukan Inspire OKU Aktif bersempena Hari Sukan Negara (HSN) 2022 Peringkat Negeri Kedah menjadi platform terbaik Kedah merealisasikan hasrat itu.

Mohd Firdaus berkata, program Inspire ini diadakan bagi memberi suntikan semangat kepada golongan berkenaan untuk bersama-sama melakukan sukan harian.

“Pada penganjuran kali ini juga, kita dalam proses untuk mencungkil bakat-bakat baharu golongan OKU untuk mewakili peringkat negeri Kedah ataupun acara paralimpik yang akan berlangsung kelak.

“Insya-ALLAH, kita dapat cari melalui penganjuran acara sebegini,” katanya.

Mohd Firdaus ditemui pemberita selepas merasmikan HSN 2022 Peringkat Negeri Kedah di Dataran Tasik Darulaman di sini pada Sabtu.

Sebelum itu, kira-kira 5,000 pengunjung tidak melepaskan peluang memeriahkan sambutan HSN 2022 Peringkat Negeri Kedah.

Antara aktiviti menarik disediakan termasuklah aktiviti kayak polo, santai aerobik, Jitra Half Marathon, pertunjukan gendang silat, jualan produk OKU dan barangan sukan.

Artikel Berkaitan: