Masih banyak perlu diperbaiki Arsenal

Pemain Arsenal meraikan kejayaan menewaskan Bodo dalam aksi Liga Europa
Pemain Arsenal meraikan kejayaan menewaskan Bodo dalam aksi Liga Europa
A
A
A

PENGENDALI Arsenal Mikel Arteta, memuji aksi yang ditampilkan pasukannya ketika menewaskan juara wakil Norway, Bodo/Glimt 3-0 dalam aksi kumpulan A Liga Europa di Stadium Emirates awal pagi tadi.

Bagaimanapun, Arteta mengakui Arsenal masih belum berada di tahap yang terbaik memandangkan masih banyak yang perlu diperbaiki sebelum pasukan itu menjadi benar-benar kuat.

“Saya amat gembira dengan kemenangan ini, enam mata dan tanpa bolos. Bagaimanapun masih banyak yang perlu diperbaiki.

“Terdapat lapan pertukaran dilakukan oleh kami dan anda boleh melihatnya, rentak kurang tepat. Di kawasan lawan kami kelihatan berbahaya, selain berjaya menghasilkan gol-gol yang sangat baik,” kata Arteta.

Pada aksi tersebut, penyerang muda Arsenal, Eddie Nketiah dan Rob Holding meletakkan The Gunners di depan pada babak.

Pemain baharu Arsenal Fabio Vieira menambah derita Bodo apabila menjaringkan gol pada minit akhir perlawanan sekali gus mengesahkan kemenangan mutlak 3-0.

Artikel Berkaitan: