Kes culik ahli perniagaan, tiga lagi suspek ditahan

Laporan Sinar Harian. Gambar kecil: Mohamad Farouk
Laporan Sinar Harian. Gambar kecil: Mohamad Farouk
A
A
A

AMPANG - Tiga lagi lelaki ditahan berhubung kes culik seorang ahli perniagaan dengan menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire di Jalan Pandan Indah di sini pada 29 September lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kesemua suspek ditahan pada Rabu di sekitar Ampang.

"Tangkapan terbaharu menjadikan jumlah mereka yang ditahan dalam kes itu seramai enam orang.

“Kita telah mendakwa tiga lelaki hari ini manakala mereka yang ditahan semalam direman selama tiga hari bermula Khamis hingga Sabtu bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Pada 29 September lalu, media melaporkan mangsa berusia 38 tahun dilepaskan suspek di Klang selepas kejadian telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya pada jam 10.45 malam.

Mangsa mengalami beberapa kecederaan di kaki dan muka akibat kejadian tersebut dan sudah pun mendapat rawatan di Hospital Ampang.

Punca kejadian dipercayai akibat masalah hutang.

Artikel Berkaitan: