Messi terus padu

Messi
Messi
A
A
A

PENYERANG sensasi Paris Saint Germain (PSG), Lionel Messi mencipta rekod baharu Liga Juara-Juara ketika juara Ligue 1 Perancis itu melakar keputusan seri 1-1 menentang Benfica pada Khamis.

Pada perlawanan Kumpulan H di Stadium Estádio da Luz, kapten Argentina itu terlebih dulu meletakkan Les Parisiens di depan dengan gol minit ke-22, sebelum jaringan sendiri pertahanan pelawat Danilo Pereira minit ke-41', mengikat permainan.

Gol Messi itu membolehkannya mencipta rekod baharu kejuaraan apabila menjadikan Benfica kelab ke-40 yang dijaringkan pemain berusia 35 tahun berkenaan.

Perkembangan terkini itu menyaksikan Messi mengatasi mana-mana pemain lain, termasuk Cristiano Ronaldo yang sebelum ini memegang rekod gol menentang 38 pasukan berbeza dalam kejuaraan tersebut.

Messi yang menjaringkan gol dalam 18 musim Liga Juara-Juara berturut-turut juga menjaringkan gol pertama untuk PSG ketika berdepan Maccabi Haifa sebelum ini.

Bagaimanapun, Ronaldo masih mendahului Messi dalam jumlah gol keseluruhan yang dijaringkan dalam Liga Juara-Juara.

Penyerang Portugal itu telah mengumpul 140 gol dalam kejuaraan tersebut, namun jaringan di Lisbon membolehkan Messi merekodkan 127 gol – 13 gol di belakang penyerang Manchester United berkenaan.

Artikel Berkaitan: