Amaran ribut petir malam ini

Twitter Jabatan Meteorologi Malaysia.
Twitter Jabatan Meteorologi Malaysia.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan infografik amaran ribut petir di beberapa kawasan di Utara dan Lembah Klang hari ini.

Laporan MetMalaysia dimuat naik di Twitter miliknya, meramalkan pada 7 malam ini akan berlaku kejadian ribu petir di beberapa negeri di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Putrajaya, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Bagi Kedah amaran dikeluarkan di kawasan Kulim dan Bandar Baharu.

Manakala Perak di Kerian, Larut, Matang, Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Mualim.

Untuk Selangor amaran dikeluarkan di Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat, Sepang dan Negeri Sembilan di Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin.

Artikel Berkaitan: