Isu bekalan telur kurang dijangka selesai tempoh terdekat

Nik Muhammad Zawawi (kiri) meletakkan tembikai yang dipetik ke dalam bakul sempena Program 'Walkabout' Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II ke Projek Tanaman Sayur-Sayuran Kampung Batu Berendam dan Projek Tembikai Kampung Haji Wan Omar, Pasir Putih pada Rabu.
Nik Muhammad Zawawi (kiri) meletakkan tembikai yang dipetik ke dalam bakul sempena Program 'Walkabout' Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II ke Projek Tanaman Sayur-Sayuran Kampung Batu Berendam dan Projek Tembikai Kampung Haji Wan Omar, Pasir Putih pada Rabu.
A
A
A

PASIR PUTEH - Isu kekurangan bekalan telur dijangka selesai dalam tempoh dua atau tiga hari lagi selepas masalah logistik selesai sepenuhnya.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II (MAFI), Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, kerajaan sudah menyelesaikan masalah itu dan negeri yang terlibat dijangka menerima bahan mentah tersebut dalam tempoh terdekat.

Menurut beliau, MAFI sudah melakukan perbincangan beberapa hari lalu dan masalah itu sudah dapat diselesaikan.

"Tiada masalah pencatutan kerana telur banyak di Kuala Lumpur dan Selangor, cuma logistik dan perkara itu akan selesai," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program 'Walkabout' Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II ke Projek Tanaman Sayur-Sayuran Kampung Batu Berendam dan Projek Tembikai Kampung Haji Wan Omar, Pasir Putih pada Rabu.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Kelantan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim.

Nik Zawawi berkata, bekalan telur akan tiba di Kelantan, Terengganu dan Kedah serta beberapa negeri yang mengalami masalah ketiadaan bahan mentah itu.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, bekalan makanan mencukupi bagi menghadapi musim tengkujuh yang dijangka dalam tempoh dua bulan.

Artikel Berkaitan:

"Kita sudah bersedia dengan kemudahan yang ada dan akan beri kepada petani, penternak dan nelayan jika kawasan pertanian mereka ditenggelami air," katanya.

Beliau berkata, pihaknya sudah menyusun atur strategi supaya bahan makanan yang tidak boleh disimpan seperti sayur dapat digunakan pada musim tengkujuh.