Siasatan pelancong sakit selepas bercuti diketahui sebulan lagi

Hasil siasatan isu pelancong yang dilaporkan jatuh sakit selepas pulang dari bercuti di Pulau Perhentian, Besut baru-baru ini dijangka diketahui dalam tempoh kira-kira sebulan lagi. Gambar kecil: Ariffin
Hasil siasatan isu pelancong yang dilaporkan jatuh sakit selepas pulang dari bercuti di Pulau Perhentian, Besut baru-baru ini dijangka diketahui dalam tempoh kira-kira sebulan lagi. Gambar kecil: Ariffin
A
A
A

KUALA TERENGGANU – Hasil siasatan isu pelancong yang dilaporkan jatuh sakit selepas pulang dari bercuti di Pulau Perhentian, Besut baru-baru ini dijangka diketahui dalam tempoh kira-kira sebulan lagi.

Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata, setakat ini, pelbagai agensi terlibat lain masih lagi menjalankan siasatan berhubung kejadian tersebut.

“Kita akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pengusaha hotel, resort dan chalet di Pulau Perhentian serta Pulau Redang jika mereka didapati membuang kumbahan secara bebas.

“Kerajaan negeri memandang serius perkara ini kerana ia boleh memberi kesan kepada industri pelancongan Terengganu pada masa akan datang,” katanya ketika ditemui pemberita di sini pada Rabu.

Pada Jumaat lalu, sebuah portal berita melaporkan kira-kira 40 pelancong mendakwa jatuh sakit selepas pulang dari bercuti di pulau berkenaan baru-baru ini.

Berdasarkan artikel yang disiarkan, mangsa mendakwa mereka yang terdiri 27 dewasa, tujuh kanak-kanak serta enam kanak-kanak kecil mengalami muntah-muntah, manakala sebahagian daripada mereka mengalami cirit-birit dan demam panas sehingga dimasukkan ke hospital.

Katanya, seorang kanak-kanak berusia setahun disahkan menghidap kepialu, manakala dua lagi kanak-kanak mengalami keracunan darah.

Sementara itu mengulas mengenai keputusan siasatan kejadian sama yang turut dilaporkan berlaku pada Jun lalu melibatkan enam wanita, Ariffin memaklumkan siasatan sudah pun selesai.

Artikel Berkaitan:

“Kita sudah ada maklumat itu dan pihak terlibat akan dikenakan kompaun,” katanya tanpa menjelaskan butiran kesalahan dilakukan dan jumlah kompaun bakal dikeluarkan.