Atuk daki Annapurna

Seorang wanita G Puvaneswary, 57, (tiga, kanan) bersama rakan-rakannya bergambar sebelum berlepas ke Nepal untuk menaiki gunung Everest di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang Bayan Lepas hari ini.
Seorang wanita G Puvaneswary, 57, (tiga, kanan) bersama rakan-rakannya bergambar sebelum berlepas ke Nepal untuk menaiki gunung Everest di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang Bayan Lepas hari ini.
A
A
A
GEORGETOWN - Bagai mahu membuktikan usia hanyalah angka, sekumpulan sembilan pendaki yang rata-ratanya berusia melebihi separuh abad hari ini memulakan misi menawan Annapurna Base Camp (ABC) di Ghandruk, Nepal.

Ketua ekspedisi yang juga penganjur A Chandrasegaran, 60, berkata, mereka yang termasuk enam anhli Penang Sport Club Hash, menjalani latihan sejak Februari lalu bagi menghadapi keadaan ekstrem di sana termasuk suhu sejuk melampau.

“Kita melakukan beberapa rejim latihan pendakian seperti mendaki bukit-bukit sekitar Pulau Pinang dan lokasi lain di dalam dan luar negara yang bertujuan meningkatkan stamina.

“Saya ada berpengalaman mendaki selama 26 tahun. Ini kali ketiga saya daki ABC dan berharap dapat mengulangi kejayaan pada 2006 dan 2017,” katanya sebelum berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, di sini, hari

Menurutnya, mereka akan memulakan perjalanan esok dari ibu negara Nepal, Kathmandu ke Pokhara dan seterusnya ke kaki gunung sehinggalah ke ABC yang berketinggian 4,130 meter dari aras laut itu.

Sementara itu, pesara guru dan juga satu-satunya wanita yang menyertai misi itu, G Puvaneswary, 57, menyatakan rasa teruja kepada media kerana pertama kali menyertai misi mendaki Annapurna.

“Sebelum ini saya sering menyertai aktiviti mendaki sekitar Pulau Pinang dan lain-lain tempat namun kali ini berbeza sedikit kerana ia melibatkan luar kawasan dan luar daripada kebiasaan.

“Cabaran tetap ada tapi saya lebih bersemangat untuk menamatkan misi hingga ke akhirnya di samping ingin menikmati pemandangan yang menakjubkan di base campt,” katanya.

Selain Chandrasegaran dan Puvaneswary, pendaki lain yang turut menyertai ekspedisi itu ialah G Raju, 68; J Lucas, 50; R Sugumar, 58; J Micheal Dass, 52; P Thanaraj Pillai, 42; A Balakrishnan, 63 dan P Khrishnan, 32 yang juga peserta paling muda. - Bernama
Artikel Berkaitan: