[VIDEO] Ahmad Maslan berteka-teki mengenai perjumpaan khas

Ahmad Maslan
Ahmad Maslan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berteka-teki mengenai Perjumpaan Khas Bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Selasa.

Ahli Parlimen Pontian itu turut mengunci mulut mengenai pertanyaan adakah pertemuan ini mengenai desas-desus Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan diadakan dalam masa terdekat.

“Benda baik-baik sahaja,” katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai pertemuan yang diadakan di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Tambah Ahmad, perjumpaan ini dihadiri 191 bahagian UMNO melibatkan ketua bahagian, ketua pemuda, ketua wanita dan ketua puteri.

Menurutnya, satu sidang media akan diadakan selepas perjumpaan ini.

“Kalau Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tak dapat, saya akan berurusan dengan media,” katanya.

Artikel Berkaitan: