Musk berbalah dengan Zelenskyy di Twitter

Elon Musk - Foto AFP
Elon Musk - Foto AFP
A
A
A

KIEV - Bilionair Amerika Syarikat (AS) yang juga individu terkaya dunia, Elon Musk terlibat dalam pertengkaran media sosial dengan pegawai Ukraine termasuk Presidennya, Volodymyr Zelenskyy pada Isnin berhubung ideanya untuk menamatkan pencerobohan tentera Rusia.

Musk mencetuskan kontroversi di Twitter dengan mencadangkan satu perjanjian damai melibatkan pelaksanaan semula referendum yang mana sebelum ini penduduk di empat wilayah Ukraine bersetuju digabungkan ke dalam Rusia sekali gus menjadikan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai badan pemantau.

Beliau yang merupakan pengasas syarikat aeroangkasa Space X juga mencadangkan supaya Kiev mengaku kedaulatan Rusia ke atas Semenanjung Crimea dan Ukraine perlu diberikan status neutral.

Pengasas bersama kenderaan elektrik Tesla itu juga telah mewujudkan tinjauan pendapat untuk membenarkan lebih 107 juta pengikutnya mengundi idea tersebut di Twitter.

Namun, Zelenskyy membalas cadangan Musk dengan tinjauan itu dengan bertanya: "Manakah @elonmusk yang anda lebih suka sama ada dengan pilihan orang yang menyokong Ukraine dan orang yang menyokong Rusia?

Duta Kiev ke Jerman, Andriy Melnyk kemudian menjawab dengan terus terang dengan menyatakan bahawa tanggapan diplomatiknya adalah untuk Musk tidak terlibat dengan isu tersebut.

Seorang pembantu Presiden Ukraine, Mykhaylo Podolyak pula mencadangkan rancangan keamanan yang lebih baik yang mana Ukraine mengambil semula wilayahnya termasuk Crimea, Rusia telah didemiliterisasi serta penjenayah perang berhadapan dengan tribunal antarabangsa.

Musk kemudiannya berkata, Moscow boleh mengumumkan pergerakan tentera ke Ukraine sekali gus akan membawa kepada perang penuh yang melibatkan kematian di kedua-dua pihak manakala populasi Rusia pula jauh lebih besar berbanding negara jirannya itu.

Artikel Berkaitan:

"Kemenangan untuk Ukraine tidak mungkin dalam perang total. Jika anda mengambil berat tentang rakyat Ukraine," ciap Musk di Twitter. - Agensi