Ronaldo individu terkaya di Instagram

RONALDO FOTO:AFP
RONALDO FOTO:AFP
A
A
A

CRISTIANO Ronaldo kekal popular mengatasi pesaingnya apabila meraih pendapatan tertinggi di Instagram untuk tahun ketiga berturut-turut.

Menurut senarai Individu Kaya Instagram 2023 yang dikeluarkan oleh Hopper HQ, Ronaldo memperoleh dolar AS$3.23 juta (RM14.7 juta) untuk setiap hantaran di laman Instagramnya.

Hopper HQ merupakan sistem penjadualan Instagram yang menganalisis data dalaman mengenai jumlah yang boleh dicaj oleh setiap pengguna untuk hantaran di Instagram dan YouTube.

Pesaing utamanya dalam senarai ialah Lionel Messi dari Argentina yang memperoleh hampir dolar AS$2.6 juta (RM11.8 juta) untuk setiap siaran Instagram.

Ia sekali gus meletakkan Ronaldo dan Messi, mendahului bukan sahaja atlet sukan lain, tetapi juga selebriti terkenal seperti penyanyi Selena Gomez, bintang realiti TV dan usahawan Kylie Jenner, dan pelakon Dwayne 'The Rock' Johnson.

Hanya dua atlet lain iaitu pemain kriket India, Virat Kohli dan pemain bola sepak Brazil, Neymar berjaya menduduki 20 kelompok teratas.

Pengasas bersama Hopper HQ, Mike Bandar melahirkan rasa terkejutnya dengan pendapatan tahunan yang ditawarkan platform tersebut yang meningkat setiap tahun.

"Ia masih mengejutkan saya bahawa wang tahunan yang dibuat di platform meningkat setiap tahun. Namun, apa yang lebih menarik perhatian saya ialah pemain yang konsisten di bahagian atas.

Artikel Berkaitan:

"Ronaldo dan Messi bukan sahaja menguasai padang, tetapi juga sfera digital kerana jelas sekali mereka menggambarkan kuasa penjenamaan peribadi dan pengaruhnya," katanya.