[VIDEO] UMNO jangan letak syarat Puteri Gunung Ledang: Tuan Ibrahim

Tuan Ibrahim pada sidang akhbar selepas Ceramah Jentera Pas Selangor di Stadium Jugra Banting yang disiarkan secara dalam talian pada Ahad.
Tuan Ibrahim pada sidang akhbar selepas Ceramah Jentera Pas Selangor di Stadium Jugra Banting yang disiarkan secara dalam talian pada Ahad.
A
A
A

SHAH ALAM - UMNO diingatkan tidak meletakkan syarat seperti 'Puteri Gunung Ledang' sekiranya ingin bekerjasama dengan Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, syarat diletakkan UMNO tidak memenuhi hasrat parti itu yang ingin bekerjasama bukan sahaja dengan UMNO tetapi Bersatu.

"Saya lebih suka cari titik persamaan. Jangan letak syarat bukan-bukan dan pelik.

"Kita seboleh mungkin hendak kerjasama dengan tiga parti kerana kita tahu dua parti bagus, tetapi tiga parti lebih bagus dan terbaik," katanya pada sidang akhbar selepas Ceramah Jentera Pas Selangor di Stadium Jugra Banting yang disiarkan secara dalam talian pada Ahad.

Tuan Ibrahim berkata, Pas sentiasa bersikap berlapang dada untuk berbincang dengan UMNO terutama melibatkan muafakat politik di beberapa negeri antaranya seperti di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Malah, katanya, terdapat 27 kerusi di Parlimen memerlukan perbincangan antara Pas dan BN bagi memastikan kemenangan di kerusi terbabit.

"Bagi Pas, musuh utama kita dalam dalam politik ialah Pakatan Harapan (PH) dan perkara itu sering ditegaskan oleh Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

"Kita cuba untuk mengelak untuk mereka mengambil alih negara kerana 22 bulan rakyat sudah tengok apa yang berlaku," ujar beliau.

Artikel Berkaitan:

Justeru, tegas beliau, kerjasama dan muafakat politik perlu dilaksanakan pada PRU15 ini bagi meneruskan kelangsungan pemerintahan negara.

"Sekiranya Pas dengan UMNO bertembung juga tiga penjuru, maka matlamat kita tak sampai kerana kita hendak elak tiga penjuru.

"Sekiranya Bersatu tak libat sama, komponen lain seperi gerakan, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan parti lain bermakna akan berlaku juga tiga penjuru," jelas beliau.

Katanya, Pas yakin parti itu mempunyai masa untuk berbincang dengan UMNO agar matlamat untuk mengelakkan tiga penjuru dapat dicapai.

"Kita akan secara senyap dengan UMNO. Kami sentiasa ada hubungan kerana kita duduk dalam kerajaan Persekutuan dan Insya-ALLAH ini dapat dicapai," jelas Tuan Ibrahim.

Sinar Harian pada Ahad melaporkan, UMNO akan kembali ke meja rundingan dengan Pas berhubung kerjasama dalam PRU15 jika parti itu memenuhi tiga syarat ditetapkan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tiga syarat berkenaan telah dikemukakan kepada Pas ketika beliau bertemu dengan Abdul Hadi baru-baru ini.

@sinarharianonline Bawalah ke meja rundingan. Demi ummah kan... jenuh juga min tengok asyik main tarik tali macam ni #fyp#BuletinTikTok#PRU15#BeritaDiTikTok original sound Sinar Harian