Tuan Ibrahim adakan pertemuan dengan wakil Singapura

Tuan Ibrahim mengadakan pertemuan bersama Shivakumar Nair dan Bhargav Sriganesh bagi membincangkan keadaan politik tanah air serta PRN. - Foto Twitter Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim mengadakan pertemuan bersama Shivakumar Nair dan Bhargav Sriganesh bagi membincangkan keadaan politik tanah air serta PRN. - Foto Twitter Tuan Ibrahim
A
A
A

SHAH ALAM - Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengadakan pertemuan bersama Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Singapura, Shivakumar Nair dan Setiausaha Pertama (Politik) Suruhanjaya Tinggi Singapura, Bhargav Sriganesh bagi membincangkan keadaan politik tanah air serta Pilihan Raya Negeri (PRN).

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, perbincangan itu turut melibatkan Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dominic Lau Hoe Chai.ga

“Perbincangan kami berkisar pandangan Pas serta Perikatan Nasional (PN) kepada keadaan politik tanah air, PRN.

“Kami juga komited bahawa PN adalah satu kesepakatan politik buat semua rakyat Malaysia yang sentiasa menjunjung nilai-nilai murni,” katanya dalam ciapan di Twitternya pada Rabu.