Masjid 31 tahun perlu bangunan tambahan

Tapak yang akan digunakan untuk membina bangunan tambahan Masjid Al-Ehsan.
Tapak yang akan digunakan untuk membina bangunan tambahan Masjid Al-Ehsan.
A
A
A

KOTA BHARU - Usia masjid yang sudah mencecah 31 tahun dan keluasan yang tidak mampu menampung jemaah memerlukan bangunan tambahan bagi membolehkan ibadah dilakukan dengan selesa.

Masjid Al-Ehsan Kampung Belanga, Mengkebang, Kuala Krai menjadi antara tumpuan penduduk setempat untuk menunaikan solat lima waktu secara berjemaah.

Imam Tua masjid itu, Hassan Ya berkata, bangunan sedia ada dapat menampung antara 300 hingga 400 jemaah pada satu-satu masa.

Bagaimanapun, masjid tersebut tidak dapat menampung jumlah yang ramai terutama pada hari raya atau musim cuti persekolahan.

“Jadi, kami mengambil inisiatif membina bangunan tiga tingkat seluas kira-kira 18.3 meter x 21.3 meter di atas tanah berukuran kira- kira 0.071 hektar,” katanya.

Ujar beliau, mereka yang mahu membantu mengumpul dana membina bangunan itu boleh terus ke akaun Bank Islam 030720-10-141333 atas nama Jawatankuasa Masjid Mukim Kampung Belanga.

Penderma juga boleh menghubungi Tengku Abdullah Tuan Kechik di talian 019-912 5160 atau laman web https://ezy.la/raihpahalaa untuk perincian lanjut.

Artikel Berkaitan: